Friday, October 12
Qalisha [Chapter 1]
Okay, this my new brand story
actually like mini novel
still in process
I call it QALISHA
got 3 character in this story
so I hope you enjoy it ^^,
Happy Evening everyone...
Kesejukan dingin daripada penghawa dingin di dalam kedai E&S Café House tidak sedikit pun menghalang Qalisha Rose Farro terus mengira untung rugi perniagaan miliknya. Tangannya terus-terusan menekan punat kalkulator yang berada disebelahnya sambil menulis di atas kertas putih yang telah berselerak. Bunyi loceng pintu di kedai berbunyi. Seorang gadis menutup payung miliknya lalu diletakkan di tempat khas. Dia membuka jaket dan di libasnya. Hujan yang lebat mulai renyai-renyai menyebabkan suasana bandar Ichigan di selubungi bunyi cengkerik. Dia melihat Qalisha lalu mengerling jam di tangannya.
Tak balik lagi? bisik kecil hatinya.
"Oi mak cik! Bila nak balik?" tanya Selena mengetuk kuat meja yang di duduki oleh Qalisha.
Qalisha menjeling ke arah Selena yang sedang berdiri di hadapannya. "Amboi, sejak bila I kawin dengan Uncle you?" perli Qalisha dengan soalan yang di ajukan oleh Selena.
Selena Isabella Groger merupakan kawan baiknya yang paling rapat. Mereka berdua berkenalan di laman sesawang di mana Qalisha ketika itu masih lagi di rumah anak-anak yatim. Setahun kemudian, teman lelaki Selena, iaitu, Jeremy Vladimir Farro telah mengambil dia menjadi adik angkatnya dan bertukar nama keluarga.
"Orang tanya je, main-mainkan kita plak. Ni, abang you suruh you balik".
Qalisha terdiam lalu meneruskan perkiraan tanpa mempedulikan Selena. "Qas, you dengar tak apa yang I cakap nie?" tanyanya lagi sekali. Qas merupakan nama timangan yang diberikan oleh Selena.
"Hmm, kalau I rasa nak balik I baliklah. Lagipun kan I tengah sibuk nie?" katanya tanpa memandang Selena.
Selena menghela nafas panjang. Bunyi nafasnya menyebabkan Qalisha tersentak. Dia memandang Selena tetapi Selena sudah pun bangun dari tempat duduknya. Matanya mencari Selena yang sedang mengambil makanan dari fridge.
"Kalau orang nasihat nanti dikatakan busy body, kalau tak nasihatkan tue orang rumah kan sane tue yang akan berleter 24 hours non-stop. Siapa yang kena, ini gadis yang tak berdosa ini yang kena", katanya sambil menunjukkan aksi seperti sakit dada.
Qalisha mengangkat keningnya. Ada-ada sahaja kembar tak seiras dia ini. Qalisha bingkas bangun lalu menutup buku kira-kiranya.
"Fine, kita balik okay?" katanya lalu mengambil beg yang di simpan di dalam almari kecil.
Selena yang terpinga-pinga melihat Qalisha sudah mahu angkat kaki berlari menuju ke arahnya.
"Huh, betul ke?" tanyanya kembali.
"Betullah, you ingat I main-main ke?" jawapnya sambil mengunci machine duit. Qalisha menghidupkan sistem penggera yang bersebelahan dengan machine duit.
"Habis kek yang I baru ambik nie?"
"Tinggalkan je atas meja tue. Dah jom". Dia menarik lengan Selena setelah kawan baiknya meletakkan piring kecil di atas meja.
Kedai E&S Café House mulai gelap. Selena dan Qalisha menaiki kereta masing-masing. Hujan yang sebentar tadi renyai-renyai sudah berhenti, bagaikan mengetahui bahawa adik kesayangan Jeremy akan pulang ke rumah.
Jeremy mundar mandir menanti ketibaan adiknya. Mesej yang baru diterima oleh Selena membuatnya rasa gembira namun bercampur rasa bersalah. Kejadian tempoh hari memang tidak boleh dilupakan. Kejadian di mana Jeremy menumbuk teman lelaki Qalisha. Asalnya dia suka adiknya berkawan dengan lelaki itu namun banyak cerita negatif yang keluar menyebabkan Jeremy membuat keputusan untuk menjauhkan Qalisha dari lelaki buaya darat itu!
Bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Jeremy terus berlari ke muka pintu untuk menyambut puteri kesayangannya. Qalisha yang terkejut akibat Jeremy berdiri di muka pintu hanya mampu menyembunyikan perasaan. Malas mahu dilayan.
"Angel, you already ate? If not, I already make a dinner. You eat okay", tanya Jeremy kepada adiknya.
Qalisha mengangkat tangan tanda sekejap lagi. Jawapan yang diberikan oleh Qalisha merisaukan Jeremy. Selena yang baru masuk di sergah oleh Jeremy.
"I ingat dia dah okay? Kenapa macam tak okay?" tanyanya tanpa mengucap selamat kepada Selena.
Selena mengerling ke arah Jeremy lalu duduk di sofa. Dia mengambil remote control lalu menekan butang on.
"Dia masih marah lagi dengan you. Baby, I think you should said apologize to her", cadang Selena.
Jeremy mengerutkan dahinya. "Minta maaf? Untuk apa? I'm saving her from that playboy! Qalisha yang patut mintak maaf dengan I", kata Jeremy dengan suara yang meninggi.
Qalisha keluar semula dari biliknya. Dia ingin ke dapur untuk menghilangkan rasa dahaga di tekaknya namun langkahnya mati apabila mendengar perbualan abangnya dengan Selena.
"Boleh tak you perlahankan suara you. Kalau adik you dengar macam mana, lagi dia kecik hati. Look, you attack her that night sedangkan mereka berdua just pergi untuk makan malam. You're the one should be blame not them!" kata Selena.
Jeremy terpinga-pinga mendengar kata-kata Selena. "Maknanya dorang tak buat apa-apalah?"
"Yes Mr. Jeremy. Qas sendiri yang bagi tahu I. Itulah lain kali tanya, ini tidak, main serang sesuka hati dia je", tambah Selena lagi.
Jeremy bersandar di sebelah Selena. Dia mendengus lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal. Memang sikapnya suka menuduh tanpa menyiasat perkara sebenar tapi dia bukan sengaja. Dia hanya mahu melindungi adiknya dari buaya darat itu. Qalisha yang mendengar hanya tersengih mendengar perbualan mereka. Dia masuk semula ke bilik.
Qalisha menelefon teman lelakinya untuk memberitahu apa yang berlaku namun tidak dijawap. Dia mula hilang mood setelah dicubanya banyak kali. Pintu biliknya diketuk.
"Adik, boleh abang masuk?" tanya Jeremy. Qalisha hanya memandang sayu ke arah abangnya. Jeremy masuk lalu duduk di katil.
"Adik okay tak? Something happening?" tanyanya lagi. Qalisha hanya menggeleng.
"Apa yang abang nak? Qas nak tidur, Qas penat", kata Qalisha tanpa memandang tepat ke arah abangnya. Dia cuba menyembunyikan air mata yang hampir tertumpah.
"Abang nak mintak maaf sebab serang Qas hari tu. Abang tahu yang sepatutnya abang tanya Qas, tapi sikap abang tuduh tanpa siasat menjadi-jadi. Abang cuma nak lindungi Qas", terang Jeremy.
"Qas faham cuma Qas nak tanya satu je. Kenapa abang tak boleh nak percayakan Qas? Qas tahu yang Qas hanya adik angkat abang tapi kenapa susah abang nak bagi kepercayaan tue dekat Qas? Atau sebab abang hanya pura-pura sayangkan Qas dan hanya kasihankan orang macam Qas ni?" tanyanya bertumbi-tumbi. Air matanya yang ditahan tiba-tiba mengalir deras.
Jeremy tersentak dengan setiap soalan yang dituju kepadanya. Dia bingkas bangun lalu memeluk adik kesayangannya.
"Qas, tolong jangan cakap macam tue. Qas adik abang dan selamanya menjadi abang. Tiada istilah adik angkat dalam diri Qas untuk abang. Tolong jangan cakap macam tue lagi", kata Jeremy cuba memujuk adiknya.
Hatinya bagaikan dihiris apabila melihat air mata Qalisha membasahi pipinya. Dia tidak sanggup melihat Qalisha menangis. Kalau boleh biarlah dia mati demi adik dan kekasihnya. Malam itu, tiada kata-kata lagi dapat dikeluarkan daripada mereka berdua. Hanya tangisan yang menemani mereka berdua.
Qalisha tersedar dari tidurnya. Jeremy yang menemaninya malam tadi sudah pergi ke cafe. Dia bingkas bangun lalu menuju ke bilik air. Setelah mandi, Qalisha mengenakan skinny kelabu dan baju lengan panjang berwarna putih yang mendedahkan bahunya. Singlet yang dipakainya di dalam dibetulkan. Dia mengikat rambutnya ke atas. Setelah siap dia bergegas keluar. Dilihat Selena sedang bersarapan di meja makan.
"Morning", ucapnya sambil mengambil air di dalam fridge. Selena tersenyum melihat Qalisha yang sudah bersiap.
"Lawanya, nak pergi mana?" tanya Selena.
"Nak pergi cafelah takkan nak pergi dating. Abang dah pergi cafe?" tanyanya pula. Selena hanya mengangguk.
"Semalam abang minta maaf". Mahu terkeluar balik apa yang di makan oleh Selena setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Qalisha.
"Seriously? Wahh you dah pecah rekod abang you. Kena celebrate ni", kata Selena sambil tertawa. Qalisha turut tergelak. Telefon Qalisha berbunyi. Dia melihat nama Adam tertera di skrinnya. Dia menekan butang silent lalu menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg bimbitnya.
"Kenapa tak jawap?" tanya Selena. Qalisha menghabiskan baki air yang dituangnya sebentar tadi.
"Buaya darat call", jawapnya lalu bangun meletakkan cawan di sinki.
Adam Scotheld mendial nombor Qalisha namun hampa tidak dijawap. 8 missed call daripada Qalisha malam tadi membuatnya terkejut. Ketidaksedarannya akan panggilan dari Qalisha akibat tertidur di studio menyebabkan dia menjadi rasa bersalah. Xavi yang melihat perangai adiknya hanya terus memetik gitar akustik di tangannya.
"Adam, kau call siapa?" tanya Xavi apabila rimas melihat adiknya bangun dan duduk di tempat yang sama.
Adam tidak mempedulikan soalan abangnya. Dia terus menelefon Qalisha tanpa henti. Elyan, pengurus kumpulan The Homesless yang masuk juga hairan dengan perangai Adam.
"Kenapa dengan Adam? Macam cacing kepanasan je aku tengok dia", tanya Elyan kepada Xavi. Xavi hanya menggelengkan kepala.
"Oh minggu depan korang ada temu ramah dengan sebuah stesen, pukul 2. Bagi tahu yang lain okay", pesannya kepada Xavi sebelum keluar semula.
Adam menghempaskan dirinya disebelah Xavi. Dia menghembuskan nafasnya. Rasa mahu sahaja dia membaling telefonnya ke dinding apabila satu pangilannya tidak dijawap oleh Qalisha. Dia menjerit.
"Apa guna ada kekasih kalau macam ini dia layan aku!" bentak Adam. Kepalanya seperti mahu pecah apabila memikirkan tentang Qalisha. Xavi memegang bahu Adam lalu berbisik.
"Apa kata kau pergi berjumpa dengan dia. Habis cerita", cadang Xavi. Adam memandang Xavi tapi memandang semula telefonnya. Cadangan daripada abangnya berligar di fikirannya. Dia mendengus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment